Photoshop : Cara letak watermark pada gambar

Untuk tutorial pada kali ini, aku nak tunjukkan macam mana nak letakkan watermark atau signature pada gambar. Watermark ini berguna sebagai trademark yang menunjukkan sesuatu gambar itu adalah hak milik tuan gambar tersebut. Mungkin anda tertanya siapakah gambar di atas. Beliau adalah cik kambing yang akan menjadi model kita pada kali ini.

0

Tutorial

1

1. Buat file baru dengan klik File>New atau Ctrl+N. File yang akan kita guna adalah transparent di belakangnya kerana watermark kita boleh masuk ke mana-mana gambar tanpa mengganggu gambar tersebut. Setkan Background Contents ke Transparent.

2. Saiz fail yang akan kita gunakan adalah kecil memandangkan watermark tidak perlu ruang yang besar. Setting yang saya gunakan adalah seperti gambar di atas. Klik Ok .

2

3. File yang akan dapat adalah seperti di atas. gambar corak seperti dam tu menunjukkan yang latar belakang adalah transparent.

3

4. Langkah seterusnya kita akan buat isi watermark. Terpulang pada korang samaada nak letak gambar atau teksĀ  sebagai watermark. Dalam tutorial ni, aku gunakan teks.

5. Tekan text tool atau huruf T pada keyboard. Klik pada projek dan tulis watermark yang korang inginkan. Ubah stail teks di text character menu mengikut kreativiti korang

4

6. Kalo korang dapat lihat yang aku gunakan 3 layer berasingan untuk buat ayat ni. So akan menyusahkan bile nak gerak atau besarkan sebab kene buat satu-satu. Untuk memudahkan kerja kita, kita akan link ketiga-tiga layer ni supaya kerja dapat dibuat serentak untuk ketiga-tiga layer.

7. Hold Ctrl dan tekan ketiga-tiga layer tu. Ini akan menhighlightkan ketiga-tiga layer tu. Klik kanan pada mana-mana layer dan pilih link layers.

8. Satu bentuk di setiap kanan layar itu akan wujud. Ini menunjukkan layer anda telah berkait di antara satu sama lain. Cuba korang klik pada satu sahaja layer dan gerakkan layer tersebut. Layer lain akan turut ikut sama.

5

7. Buka file gambar yang anda ingin letakkan watermark. Tekan ikon Move tool atau huruf V pada keyboard .Klik sekali pada mana-mana layer .Tarik watermark yang korang dah buat tadi dan masukkan ke dalam gambar.

6

8. Susun watermark tadi di tempat yang sesuai.Tadaa. dah siap watermark kita. Save gambar anda tadi dengan format JPEG dengan Klik File>Save as.Save file watermark tadi dengan format PNG supaya dapat guna untuk gambar lain. AMARAN : Jangan save sebagai JPEG kerana background watermark tadi akan bertukar jadi warna putih.

7

9. Korang juga boleh buat watermark transparent seperti di atas. Korang hanya perlu mengurangkan Opacity perkataan itu dan membesarkan perkataan dengan Ctrl+T.

Terima kasih diucapkan kepada cik kambing kita kerana sudi menjadi model tutorial kita pada kali.Tidak dilupakan juga pada Bro loq kerana mencadangkan tutorial ini.Sebarang keraguan sila tinnggalkan di ruang komen. Selamat mencuba :)

40 Responses to Photoshop : Cara letak watermark pada gambar
  1. EiNS Reply

    Nice article bro…
    aku walaupun minat web developing tp bab2 photoshop agak kurang lagi…so aku akan follow artikel2 photoshop bro kat cni…

    kalau boleh publish yg lagi advance…n then compile buat ebook…meletop!! Haha

    • acadterror Reply

      thanks. :) .itu cadangan yang bagus . boleh masuk dalam perancangan masa hadapn ni .thanks alot :)

  2. Azah Reply

    cikgu kedai gambar…
    nice one..

  3. acadterror Reply

    ye cik nak beli gambar ape…hehe..thanks :)

  4. kusu Reply

    wah..nice :)

  5. beliamuda Reply

    nice one.. aku nak try wat jugak ni..

    • beliamuda Reply

      ya.. aku dah reti wat watermark.. TQ acad~~

      • acad Reply

        no prob :)

  6. Luth Textile Reply

    wah.. comel kambeng mu.. nice bro..

  7. KhairiL Reply

    ptt la x jd
    selama ni aku save format jpeg bkn png

    hoho, thnx

  8. keiroro Reply

    cun cun… boleh aku try nanti… XD

  9. yariennisha Reply

    Hye cik kambing.. mane u beli lipstick tu? cun la warnanya.. ;)

    **haa.. saye pun selama ni runsing nape bila save dlm .jpeg background yg memula set transparent tak jadi transparent.. kena save dlm .png rupenye..
    Thanx cekgu Acad! ^__^

  10. [...] Here is the original post: Photoshop : Cara letak watermark pada gambar [...] ... web2designer.org/news/?p=16445
  11. izzat Reply

    banyak cara boleh wat watermark ni..guna action adalah paling cepat..
    alternatif dari link layers, boleh juga guna group..
    nway, nice tutorial you've written here.. :)

    • acadterror Reply

      thanks for info.nice suggestion.ilmu tambahan utk pos ni :)

  12. Kak Jie Reply

    lebih berminat dgn model dari tutorial..wah…mahai model ni….

    • acadterror Reply

      kalo akak nak tempah model ni utk photo shoot die sdia berkhidmat hehehehe

  13. apisz Reply

    Hu3. Aku xdela photoshop. guna gimp je. huhuhuhu..

    • acad Reply

      aku xde pengalaman gne gimp.same ke gimp ngan photoshop ?

  14. Melayu Boleh Reply

    emm, menarik..
    bertuah cik kambaing ni..
    berpeluang jd modal..
    leh cuba nnti buat watermark..
    ni buat guna photoshop ke?

  15. friendly Reply

    blum sembelih ka kambing tuh… hehe…
    anyway, thanks 4 the tips….

  16. nazra Reply

    naz try add text ja kt photoshop. style org pemalas, mcm naz ni la. haha ^_^

  17. zulfitry.com Reply

    hurm..watermark penting ker?

    • acadterror Reply

      ikut keadaan .slalu cam photographer akan letak watermark kat gambar dorg.tu menandakan dorg pnye gamba :)

  18. Inventory Management Reply

    Penting la gak utk sesetengah org..

  19. dilot Reply

    huhu..hebat seyh,,,
    aku suke model kambing tu…comel bebenor…senyum sokmo…

    • acadterror Reply

      model mesti la senyum slalu baru dpt menarik perhatian kambing2 jantan hehehehe

  20. Nine Reply

    yes..thanks 4 this tuts acad..
    nice…

    • acad Reply

      ur welcome :)

  21. broskl Reply

    wah mmg best la ada plak tutorial photoshop kt sini ek.. jemput dtg ke blog aku jgk ek..

  22. Active Blogger Reply

    hehe…aku time rajin buat la watermark tu…lagi2 kalau tu gambar yg aku tangkap sendiri :-) tapi kadang2 aku sebat je watermark apa2 gambar pun :-)
    .-= Active Blogger´s last blog ..Matlamat 2 Tahun Akan Datang? =-.

  23. yuyu Reply

    macam mana pulak kalau watermark tu gambar ey???
    sama jer ke nak buat dia?

  24. acad Reply

    yup.ikut mula dri no 7 dan ke ats utk gambar.slmt mencuba :)

  25. free online movies without downloading Reply

    We stumbled over here different page and thought I might as well check things out. I like what I see so now i am following you. Look forward to checking out your web page for a second time.

  26. Lin Reply

    Klu gambar yang dah letak watermark kita save dlm PNG ada apa2 kesan tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Please enter your name, email and a comment.

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>