Monday, July 6th, 2009

Photoshop : Imej cermin

imej cermin0

Untuk tutorial kali ini, kita akan belajar satu teknik ringkas iaitu cara menghasilkan imej bayang cermin. Efek ini akan membuat perkataan atau imej yang kita hasilkan seolah-olah berada di atas cermin.

imejcermin2

1. Buat satu perkataan dengan menggunakan type tool ( T ). Dalam tutorial ini, jenis perkataan yang digunakan ialah Arial Black

imejcermin3

2. Langkah seterusnya kita akan menambah satu lagi layer yang sama dengan perkataan tadi.

3.Klik Move Tool (V).Pastikan layer perkataan tadi aktif di layer option. Tekan dan hold Alt. Klik dan heret mouse anda ke bawah. Salinan layer perkataan tadi akan keluar. Seperti gambar di atas, salinan perkataan itu adalah layer ‘acadterror copy’.

imejcermin4

4. Untuk terbalikkan salinan perkataan tadi, klik Edit>Transform>Flip Vertical.Pastikan layer yang aktif adalah salinan perkataan iaitu layer ‘acadterror copy’.

5. Dengan menggunakan Move Tool (V) jarakkan sedikit di antara layer salinan dan layer asal seperti di atas. Gunakan butang arah di keyboard untuk memudahkan anda mengubah kedudukan layer tersebut.

imejcermin5

6. Seterusnya kita akan membuat imej cermin ke atas layer ‘acadterror copy’

7. Hold Ctrl dan klik pada simbol T pada layer ‘acadterror copy’ ( seperti diwarnakan merah dalam rajah diatas ). Satu garisan putus akan membentuk perkataan acadterror.

8. Kita tidak akan menggunakan layer ‘acadterror copy’ lagi. Untuk menjadikannya invisible, klik simbol mata pada kiri layer ‘acadterror copy’ itu. Anda akan dapat hanya garisan putus sahaja yang tinggal.

imejcermin6

9. Langkah seterusnya adalah untuk menghasilkan ton warna bagi imej cermin yang akan kita hasilkan

10. Pastikan garisan putus masih ada. Klik pada Gradient Tool ( G ). Kemudian klik pada Gradient Editor ( No 2 seperti gambar di atas ).. Satu menu Gradient Editor akan muncul.

11. Pilih jenis Gradient seperti yang ditunjukkan gambar di atas ( No 3) . Gambar petak-petak itu menunjukkan yang ianya adalah transparent. Kita akan buat satu ton warna dari hitam ke transparent

12. Klik pada simbol No 4 untuk menukar warna ton warna anda.Dalam tutorial ini , warna hitam digunakan. Anda boleh juga menukar warna di sebelah hujung kanan dengan menekan simbol yang serupa tapi kita tidak akan dapat efek imej cermin yang dikehendaki. Anda boleh gunakan untuk tujuan lain.

13. Klik ok apabila anda berpuas hati dengan ton warna tersebut.

imejcermin7

14. Buat satu layer baru dengan klik pada simbol yang diwarnakan merah dalam rajah di atas

14. Pastikan Gradient Tool masih aktif. Hold Shift dan klik dari tengah layer ‘acadterror’ ke hujung layer ‘acadterror copy’ seperti anak panah dalam rajah di atas.

imejcermin8

15.  Tadaa.Satu ton warna terhasil dalam perkataan acadterror. Tekan Ctrl+D untuk menghilangkan garisan putus tadi. Untuk membuat imej cermin tidak terlalu menonjol kurangkan opacity. Di sini, Opacity dikurang ke 30%.

imejcermin1

Ini hasil yang akan kita dapat. :) . Sebarang kemusyilan dan tambahan bile tinggalkan di ruang komen. Selamat mencuba.

Entri yang berkaitan :

  1. Photoshop : Cara letak watermark pada gambar
  2. Photoshop: cara mudah hasil efek teks 3d
  3. 10 Efek Teks Photoshop yang Menarik


Category: Photoshop
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses

July 6, 2009

itu dia, satu lagi tutorial berguna daripada acad…

~~theme baru ek

[Reply]

acadterrorNo Gravatar Reply:

haah hehe.3 hari betungkus lumus siapkan .nway enjoy tutorial tu yek

[Reply]

beliamudaNo Gravatar Reply:

sejak kenal blog ko la aku makin semangat nak blaja photoshop.. sebelum ni slow jek..

[Reply]

acadNo Gravatar Reply:

thanks bro.ni yg membuat aku lebih semangat nak buat tutorial
lagi :)


July 6, 2009

cun! cantik kipidap bro..

[Reply]


July 6, 2009

sangat berguna! thanksssss
ahmoi´s last blog ..I was in New York My ComLuv Profile

[Reply]


  • CommentLuv Enabled

Blog Widget by LinkWithin